Khamis, 24 Mei 2012

Sri Keding terkini...



Sri Keding latest.... semakin berusia makin rajin ngibas sambil lonjak dada...Sekali2 jalan pon jengket2 ala robot...  Lepas sekali bulu boleh try mana2 bon kot...

Selasa, 22 Mei 2012

Ibu Atah Mas


Ibu kepada Atah Mas.. Tiba masa akan dipasangkan untuk melihat hasilnya jadi macamana...

Isnin, 7 Mei 2012

Atah Mas lagi....

Salam. Atah Mas juara dalam kategori ayam B kali kedua di Bon Pulau Pinang pada 5/5/2012 selepas Bon Melaka 29/4/2012. Atah Mas dapat mengekalkan prestasi dalam masa seminggu. Tak kisah la kategori apa pon janji juara hahahaha... Alahamdulillah anak reban sendiri yang berpotensi...
ATAH MAS

Khamis, 3 Mei 2012

Sri Keding

Assalamualaikum.. saja upload 2 gambo Seri Keding terkini.. satu ibu n satu bapak ngan Atah Mas.. perbezaan cutting yang ketara n aksesori yang mantap. Gaya jer belum lekat... kita tunggguuuuuu...Alhamdulillah syukur keluaran reban AiePuchong...

Isnin, 30 April 2012

Alhamdulillah....

ATAH MAS
Aksi Atah Mas di bon melaka semalam... Alhamdulillah anak reban sendiri telah menunjukkan potensi yang memberansangkan.. Telah dinobatkan juara kategori Serama B. Walaupun ayam muda (+-6 bulan) tetapi cepat siap... :- Sumber blogseramamalaysia.blogspot)

Khamis, 12 April 2012

Projek kuning lagi..

Assalamualaikum... update projek kuning lg. Aksesori yang mantop(syok sendiri jer). Masih muda dan plan buat bpk je untuk tgk ank sulungnya jd macammana... (harap2 jadi yg TERBAEKKK - ameen) Ibunya asal dari reban Cg. Usop Kuala Ibai + bpk slim Zam KJ.
- Gambao bwh - Sedang dikahwinkan dengan Ibu kuning selam dari reban Abg. Mat Forest dungun..

Khamis, 5 April 2012

Produk kuning..

Assalamualaikum... lama x update blog, masih lg bela serama. Dalam proses kembang biak baka kuning... Dah ada yg sedap pada mata AP tp belum konfiden untuk ditonjolkan kpd juri (heheheh)... Tahun 2012 AP lebih tumpukan kepada breeding... bon? emmm nantilah akan difikirkan kemudian...
SRI KEDING
ATAH MAS

Rabu, 23 November 2011

HARAPAN...

ASSALAMULAIKUM WBT... SALAM SERAMA KEPADA SEMUA KAWAN2
TIADA APA NAK DICERITAKAN CUMA BESARLAH HARAPAN SAYA SEBAGAI PENTERNAK DAN PEMAIN SERAMA SUPAYA INFO TENTANG UNSUR JUDI YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH SAUDARA RAHMAN MELAKA (SERAMAPERSONA) DAN SERAMA IPOH INI MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA DAN DI AMBIL IKTIBAR SUPAYA PERMAINAN YANG KITA SUKAI INI MEMATUHI SYARIAT DAN BERLANDASKAN UNDANG2 ISLAM...

SAMA-SAMA LAH KITA BETULKAN MANA YANG SALAH DAN PERBAIKI MANA YANG KURANG SEMOGA AKTIVITI DAN PERMAINAN YANG DIGEMARI INI MENDAPAT BERKAT ALLAH SWT...

SEKIAN..

"berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran..."

Khamis, 28 Julai 2011

Salam Ramadhan..


Assalamualaikum.. tiada apa nak di citerkan.. Masa beredar terasa amat cepat berlalu.. Juara silih berganti.. Tahun pon dah bertukar.. pose makin dekat.. Tunggu dan sabar adalah ramuan terbaik... rezeki kita akan tiba :).... Salam ramadhan drpd AiePuchong dan keluarga kepada sume......

Selasa, 26 Julai 2011

Sama baka - baka gong... (SOLD)


Kepunyaan adik yang berada di Johor - darah gong... katanya nak jual kalu kena rega.. berminat call direct ngan dia 013-6248535 (pyang)..

Jumaat, 22 Julai 2011

Gong Naga (GN) Terkini..



Assalamualaikum.... lama x update blog, hanya paparkan gambo terkini GN yang selamba... Sekian.

Selasa, 5 Julai 2011

Gong Naga..

video Assalamualaikum wbt.. Produk baru di reban AP... Aksi yang selamba berserabai. Maaf gambar x clear sbb waktu maghrib n guna tepon murah jer...

Khamis, 16 Jun 2011

XDE REZEKI..

Assalamualaikum wbt.. lama dah x update blog.. nak kongsi citer atas kecuaian sendiri jer.. huhuhuk.. makanyer xde rezekilah saya nak try GK (Gong Kelam) untuk bertanding di bon KL nnt..
Akibat keaktifan dan kegarangan GK semasa berada di atas meja saya telah terpegang sebelah kaki kiri semasa ianya nak jatuh dari meja. Maka nya sebelah kakinyer telah tercedera dan terus terhencut2... Adush rasa nyesal dan kesian teramat sangat... apa bleh buat nasi dah jadi bubur :(

Moralnyer :

1. Berhati2 lah semasa nak memegang serama kita (terlalu manja dan tulang sendi yg amat sensitif)

2. Jangan ambik mudah dlm penjagaan serama....
3. Elakkan kekasaran dan penderaan kepada benda hidup..

Sekian.. semoga saya mendapat iktibar dan pengajaran terhadap apa yg berlaku.. :(

XDE REZEKI LER jawabnyer..

Jumaat, 10 Jun 2011

GK de latest

Untuk tatapan pengunjung bolg AP.. Syukur Alhamdulillah... baka direban AP dah mula tunjuk bakat...
video
video

Rabu, 8 Jun 2011

GONG KELAM..


Terkini (gambo mlm)... lama doh aku x mandi, bila lah buleh mandi ni. busuk n serabai doh ni huhuhuk..

Khamis, 26 Mei 2011

Anak A.



Gong Araking - spontan nama diberi kpd ank jantan ni. Balik kerja ptg smalam jengah kat petak reban anak2 A kat umah terpandang dia sekor ni pelik smacam.. X tau lg lah jd lagu mana tp nmpk gaya dia tu kecik2 lg dah nak selam... harap2 makin selam lah dia... Berkat dari kesabaran yang berterusan.. Amin...:)

p/s : Untuk tatapan pengunjung blog jer..

Rabu, 25 Mei 2011

Khamis, 19 Mei 2011

PENJUALAN...

ASSALAMUALAIKUM WBT.. DI SINI INGIN AP NYATAKAN DAN KHABARKAN BAHAWA SEMUA SERAMA YANG DIPAPARKAN AKAN DIJUAL SEKIRANYA ADA YANG BERMINAT. HARGA BOLEH DIBINCANG DAN DIRUNDING TERTAKLUK KEPADA PERSETUJUAN BERSAMA. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT SILA HUBUNGI AiePuchong di talian 019-2677862.. SEKIAN TERIMA KASIH..

Isnin, 9 Mei 2011

Terkini..

GONG KELAM TERKINI.. Makin menyerlah...












GONG PERDANA... bleh la layan lepas penat kerja.. Alhamdulillah rezeki 2011...